Gambaran dan latar belakang Gempak Most Wanted Awards 2023

Majlis pelancaran anugerah ini telah diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada 17 Januari 2024 menerusi satu sidang media yang dihadiri oleh Syazwan, ketua kandungan Astro Gempak, Nazihah Dalhar dan Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad.[1] Ia turut dihadiri oleh ketua saluran Astro Ria, Astro Prima dan Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh, ketua pengurus kandungan Era, Azzah Sahrin dan ketua-ketua pengurusan bahagian di Astro.[3]

'Y2K (Year 2000)' dipilih sebagai tema untuk mengembalikan kegemilangan era tahun 2000, permulaan kandungan digital. Undian fasa pertama bermula pada 30 November 2023 sehingga 30 Disember 2023, 11.59 malam dengan pengenalan 3 kategori baharu.[4] Undian fasa kedua pula bermula pada 17 Januari 2024, 6 petang sehingga 25 Februari 2024, 12 tengah hari.[1] Kedua-dua undian dibuat secara atas talian melalui laman web GMWA.

Sunsilk, jenama penjagaan rambut dari United Kingdom telah menaja salah satu anugerah yang dicalonkan bertemakan #RambutTetapBoom. Anugerah tersebut boleh mula mengundi pada 5 Februari 2024 sehingga 25 Februari 2024, 12 tengah hari dengan menawarkan tiket VIP ke malam anugerah.[5]

Anna Jobling memenangi 3 anugerah termasuk anugerah utama (Gempak Most Wanted 2023).[6]

Rujukan

WikiPedia: Gempak Most Wanted Awards 2023 https://gempak.com/berita-terkini/gmwa23-angkat-te... https://gempak.com/berita-terkini/gmwa23-gempak-mo... https://gempak.com/gempakchingu/gmwa23raih-15-juta... https://gempak.com/berita-terkini/gmwa23-gandingan... https://gempak.com/gempakchingu/gwma23-gandingan-m... https://gempak.com/gempakchingu/gmwa23-jangan-mati... https://gempak.com/berita-terkini/gmwa23-filter-wa... https://gempak.com/gempakchingu/gmwa23-amin-abid-t... https://gempak.com/gempakchingu/gmwa23-rahman-chea... https://gempak.com/berita-terkini/gmwa23-sering-be...